Liga Super Malaysia Berita

FAM: Keputusan kes Kedah v JDT hanya diketahui Mac ini

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mendedahkan kes Kedah mendakwa JDT terlibat dalam kes perpindahan Akhyar Rashid hanya akan diketahui dalam tempoh dua bulan lagi.

“Kes masih dalam proses ketika ini,” kata Stuart.

“Kedah sendiri meminta kita untuk kes tersebut didengar kali kedua.

“Seperti mana kita lihat kes Akhyar dan Kedah pun mengambil masa yang lama.

“FAM ada proses perundangan, bukan hari ini nak, esok meeting.

“Jadi kes ini sudah dua kali dibincangkan dan dalam proses rayuan.

“Perkara ini akan dibincangkan dalam jawatankuasa rayuan tidak lama lagi.

“Hujung bulan 2 atau awal bulan 3 ada perjumpaan bagi membuat keputusan terakhir mengenai kes tersebut.

“Selepas rayuan dengan FAM, kes ini boleh dibawa terus ke pusat timbangtara Antarabangsa Asia (AIAC).

Kedah mendakwa JDT mengadakan perbincangan dengan Akhyar Rashid tanpa pengetahuan kelab asalnya.

FAM turut didakwa kerana dianggap gagal menangani kes tersebut dengan baik.