Malaysia Berita

FAM: Tan Cheng Hoe perlu fokus Harimau Malaya, bukannya kendali skuad B-22

FAM: Tan Cheng Hoe perlu fokus Harimau Malaya, bukannya kendali skuad B-22

Tan Cheng Hoe perlu fokus membimbing skuad Harimau Malaya yang masih berusaha untuk melepasi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Malah, skuad Bawah-22 negara tidak akan bersaing dalam mana-mana kejohanan penting pada tahun depan.

“Kita tidak berbincang pun mengenai hal ini dengan beliau kerana nak dia fokus bagi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Sebelum bulan Jun, kita tidak mahu fokus beliau lari daripada pasukan kebangsaan.

“Tiada keperluan yang mendesak untuk kita melantik pengganti Datuk Ong Kim Swee kerana skuad B-22 tidak mempunyai sebarang kejohanan besar tahun hadapan,” katanya kepada Bernama.

Cheng Hoe disebut-sebut sebagai calon untuk membimbing skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara selepas FAM membuat keputusan untuk tidak menawarkan kontrak baharu kepada Ong Kim Swee.

Skuad B-22 tidak layak beraksi pada Kejohanan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 Januari ini selepas terkandas di pusingan kelayakan.

Walaubagaimanapun, FAM melantik Brad Maloney sebagai jurulatih sementara skuad B-22 bagi mengendalikan perlawanan persahabatan.