Anugerah Golden Boy 2019 bakal menampilkan 20 calon. Anugerah ini mengiktiraf pemain berusia bawah 21 tahun yang mempamerkan persembahan cemerlang sepanjang musim.
Anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2003 dan penerima pertama pada ketika itu ialah Rafael van der Vaart. Pemenang anugerah ini akan dipilih oleh para wartawan sukan seluruh dunia.
Penyandang anugerah pada tahun lalu, Matthijs de Ligt turut berada dalam senarai 20 calon yang dikeluarkan semalam. Nama-nama besar pemain yang berada dalam senarai tersebut termasuklah Mason Mount, Matteo Guendouzi, Ansu Fati, Phil Foden, Joao Felix, Erlinga Haland, Rodrygo, dan Jadon Sancho.
Antara pemain yang pernah menerima anugerah ini ialah Francesc Fabregas, Mario Gotze, Isco, Anthony Martial, Kylian Mbappe, Mario Balotelli, Sergio Aguero, dan Lionel Messi.
Jika dilihat pada nama-nama yang tersenarai, agak sukar untuk memilih pemenang kerana setiap pemain mempunyai kelebihan masing-masing. Perbezaan dari segi pencapaian bersama pasukan juga akan membezakan mereka.
Pemain-pemain tersebut juga tidak bermain di posisi yang sama. Setiap pemain akan dinilai melalui corak permainan berdasarkan posisi masing-masing.
Keputusan akhir akan diumumkan pada 16 Disember depan di Turin. Berikut dilampirkan aksi sedutan video 10 calon terbaik.
1.Matthijs de Ligt (Juventus/Belanda)
2.Joao Felix (Atletico Madrid/Portugal)
3.Rodrygo (Real Madrid/Brazil)
4.Phil Foden (Manchester City/England)
5.Ansu Fati (Barcelona/Sepanyol)
6.Mason Mount (Chelsea/England)
7.Alphonso Davies (Bayern Munich/Kanada)
8.Moise Kean (Everton/Itali)
9.Lee Kang-In (Valencia/Korea Selatan)
10.Vinicius Junior (Real Madrid/Brazil)