Piala Malaysia Berita

Kedah akur kongsi mata dengan PKNS FC

Kedah sekali lagi terlepas peluang untuk mengutip tiga mata penuh selepas sekadar seri 1-1 ketika menentang PKNS FC pada aksi Piala Malaysia 2019 di Stadium Shah Alam semalam.

Keputusan ini menyaksikan Kedah dan PKNS berkongsi mata dengan Terenggang FC (TFC) kekal meneraju Kumpulan A dengan perbezaan dua mata.

Gol Kedah pada minit ke-20 hasil tandukan Fernando Rodriguez dinafikan oleh rembatan Romel Morales pada minit ke-69 untuk PKNS FC berkongsi mata dengan Kedah.

Untuk rekod, Kedah masih kebal musim ini ketika bertemu PKNS apabila merekodkan dua kemenangan dan tiga keputusan seri dalam lima pertemua terakhir kedua-dua pasukan.