Malaysia Berita

Makin ramai pemain Malaysia asah bakat di Jepun

Malaysia bakal melihat satu lagi perkembangan bola sepak apabila kelab divisyen dua Liga Jepun (J2), Fagiano Okayama bersedia untuk memberi peluang kepada pemain muda negara mengembangkan bakat mereka.

Kelab yang turut diwakili oleh Hadi Fayyadh Abdul Razak turut bekerjasama dengan Sekolah Tinggi Gakugeikan bagi menawarkan biasiswa persekolahan kepada pemain yang berbakat untuk menetap di negara terbabit.

Bercakap kepada BH Sukan, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan bahawa usaha ini dapat memberi peluang kepada pemain muda menetap di Jepun dan sekaligus mewakili kelab-kelab di negara matahari terbit.

Dalam masa yang sama, ia juga bakal mengeratkan lagi hubungan di antara Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)