Luar Negara Berita

Video – Rasmi : Harry Maguire sertai Manchester United

Manchester United secara rasmi telah berjaya mendapatkan khidmat pertahanan tengah Leicester City, Harry Maguire.

Beliau yang juga pertahanan tengah England telah mengikat kontrak bersama pasukan The Reds Devils selama enam tahun, dengan pilihan untuk melanjutkan kontrak selama setahun

Pemain berusia 26 tahun telah menyertai Leicester City pada 2017 dan telah membuat 76 penampilan dan menjaringkan lima gol sepanjang beliau di sana.

Ole Gunnar Solksjaer dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi United berkata, “Harry adalah salah satu pemain terbaik dan saya gembira kerana kami telah memperoleh khidmat beliau.”