Manchester United telah menghabiskan £ 1 bilion untuk urusan pembelian pemain sejak gelaran Liga Perdana Inggeris terakhir pada tahun 2013.
Apabila Harry Maguire (£ 85 juta) disahkan menjadi pemain United, ia akan merekodkan perbelanjaan keseluruhan United sejak 2013 adalah sebanyak £ 968 juta dalam enam tahun.
Jumlah tersebut mungkin akan meningkat jika United mengesahkan pembelian pemain tengah Sporting Lisbon, Bruno Fernandes sebelum tarikh akhir jendela perpindahan pada Khamis minggu hadapan.
Perpindahan masuk Paul Pogba (£ 89 juta) dari Juventus masih kekal di kedudukan teratas manakala Romelu Lukaku di tangga kedua dan Maguire bakal mengambil kedudukan ketiga dalam senarai pemain termahal yang pernah diborong United.
Manakala Angel di Maria (£ 59 juta) adalah perpindahan silap terbesar United apabila pemain itu berhijrah ke Paris Saints Germain tahun berikutnya.