Paulo Dybala dilaporkan kecewa dengan juara Serie A musim lalu, Juventus selepas menyenaraikan beliau untuk perpindahan keluar ke Manchester United tanpa pengetahuan beliau.
Juventus sebelum ini dilaporkan telah memulakan rundingan bagi mendapatkan penyerang United, Romelu Lukaku dengan meletakkan bintang Argentina sebagai tukaran kepada penyerang Belgium.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Footballworlds, Dybala akan menghabiskan baki cuti panas minggu ini dan bakal pulang ke Turin bagi mengadakan perbincangan dengan pengurus baharu Juventus, Sarri.
Bintang Argentina dikatakan kecewa dengan kelab gergasi Itali itu apabila tidak memberitahu beliau lebih awal tentang pelan mereka untuk melepaskan beliau ke United.
Dalam perkembangan yang sama, Sky Sports melaporkan, rundingan antara United dan Juve telah berjalan dengan baik dan kini hanya bergantung kepada kedua-dua pemain untuk bersetuju dengan keputusan kelab.