Piala FA Malaysia Berita

Shopee Final Piala FA : Pentas final pertama buat Shahrel Fikir

Penyerang muda pasukan Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi tekad mahu kemasukannya sebagai pemain ‘super-sub’ memberi kesan positif kepada persembahan pasukan menjelang perlawanan akhir dengan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Bercakap kepada Arena Metro, pemain berusia 24 tahun ini berazaman mahu menunjukkan prestasi terbaik beliau di hadapan ribuan penyokong yang bakal membanjiri Bukit Jalil.

Untuk rekod, ini adalah pentas akhir pertama buat bekas penyerang PKNP setelah digelar pemain profesional.

Tambah beliau lagi, segala keputusan siapa yang bakal membarisi skuad utama pada final nanti terpulang kepada perancangan jurulatih.

Tetapi jika dapat diturunkan, beliau berazam untuk menjadi senjata rahsia bagi membawa pulang Piala FA ke bumi Perak setelah kali terakhir memenanginya adalah pada 2004.