Luar Negara Berita

Kem latihan Manchester United diganggu penyokong Liverpool

Kem latihan Manchester United di Australia diganggu oleh penyokong Liverpool yang menyewa kapal terbang sambil mengibarkan sepanduk dengan mesej yang nakal.

Pasukan Ole Gunnar Solskjaer memulakan latihan pra-musim di WACA Ground, Perth dan mendapatkan ‘sambutan’ dari penyokong Liverpool dengan sepanduk “Liverpool 6x Juara Eropah”.

Menurut agensi Air Ads, penerbangan dua jam dengan kos pesanan iklan bernilai AU $ 1,150 (£ 640) telah dibuat oleh penyokong Liverpool.

United mengambil bahagian dalam sesi latihan terbuka di WACA menjelang perlawanan pertama mereka menentang Perth Glory pada hari Sabtu, 13 Julai.

Skuad Red Devils kemudiannya akan menentang Leeds United pada hari Rabu, 17 Julai.