Paul Pogba adalah sasaran utama Real Madrid musim panas ini dan Los Blancos bersemangat untuk memasukkan Gareth Bale dalam perjanjian untuk menandatangani pemain Perancis dari Manchester United.
Zinedine Zidane menjelaskan bahawa Pogba adalah pemain penting yang diperlukan oleh beliau di bahagian tengah, namun rundingan menemui jalan buntu apabila Red Devils dikhabarkan tidak bersedia untuk melepaskan pemain tersebut.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh media tempatan, agen pemain muda Perancis, Mino Raiola telah dua kali hadir ke Manchester untuk menyampaikan niat pemain tersebut yang mahu meninggalkan United.
Manakala pengurusan tertinggi Madrid juga hadir ke United bagi membincangkan niat mereka bagi mendapatkan khidmat Pogba di Los Blancos.
Pemenang Piala Dunia 2018 dijangka menyertair akan sepasukannya pada sesi latihan pra-musim pertama mereka pada Jumaat depan dan dikhabarkan bakal menyampaikan sendiri hasratnya untuk meninggalkan United.
Kesan daripada kegagalan mendapat tempat di Liga Juara-Juara dan beberapa musim yang lesu tanpa Liga Perdana telah menguatkan lagi perpindahan keluar Paul Pogba.