Luar Negara Berita

De Ligt pemain muda terbaik dunia, tewaskan Sancho dan Joao Felix

Salah satu media Perancis, L’Équipe telah menamakan kapten Ajax, Matthijs de Ligt sebagai pemain bawah 20 tahun terbaik dunia.

L’Équipe telah menyusun senarai panjang 50 pemain muda yang berjaya menampilkan permainan yang konsisten di mana pemain Belanda berusia 19 tahun itu telah berjaya mengalahkan dua pencabar terdekat, Jadon Sancho dan Joao Felix.

De Ligt sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona dan Paris Saint-Germain telah digambarkan sebagai “hebat” dan “tidak ada perkara yang tidak boleh dilakukan beliau.”

Pemain tengah Belanda itu mempunyai musim yang hebat ketika Ajax merebut gelaran Eredivisie dan Piala KNVB.

Beliau juga tampil di bahagian pertahanan Belanda ketika mereka merebut gelaran Liga Bangsa-Bangsa tetapi tewas dengan Portugal, 1-0.

Sancho berada di tangga kedua dan pemain tengah Bayer Leverkusen, Kai Havertz menduduki tangga ketiga dalam senarai.

Berikut adalah 20 pemain yang disenaraikan sebagai pemain bawah-20 terbaik dunia oleh L’Equipe.

  1. Matthijs de Ligt (Ajax)
  2. Jadon Sancho (Borussia Dortmund)
  3. Kai Havertz (Bayer Leverkusen)
  4. João Félix (Benfica)
  5. Gianluigi Donnarumma (AC Milan)
  6. Nicolò Zaniolo (Roma)
  7. Moise Kean (Juventus)
  8. Vinícius Júnior (Real Madrid)
  9. Declan Rice (West Ham United)
  10. Ibrahima Konaté (RB Leipzig)
  11. Mattéo Guendouzi (Arsenal)
  12. Alban Lafont (Fiorentina)
  13. Callum Hudson-Odoi (Chelsea)
  14. Dan-Axel Zagadou (Borussia Dortmund)
  15. Ryan Sessegnon (Fulham)
  16. Evan N’Dicka (Eintracht Frankfurt)
  17. Justin Kluivert (Roma)
  18. Andreas Skov Olsen (Nordsjælland)
  19. Phil Foden (Manchester City)
  20. Kik Pierie (SC Heerenveen)