Liga Super Malaysia Berita

Liga Super : PJ City kutip tiga mata penuh di Bukit Jalil

PJ City FC berjaya mencatat kemenangan, 1-0 ke atas Felda United pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan ini telah melonjakkan kedudukan PJ City di tempat ke lapan Liga Super dengan pungutan 20 mata selepas 17 perlawanan.

Skuad kendalian, K Devan mendapat jaringan kemenangan melalui bekas pemain Harimau Malaya, Safee Sali pada minit ke-45 di Bukit Jalil semalam.

Tuan rumah yang bermula garang setelah mendapat jaringan pertama walau bagaimanapun terpaksa akur dengan keputusan pengadil apabila pertahanan mereka di buang pada minit ke-64.

Biarpun bermain dengan 10 orang, pasukan lawan masih gagal menjaringkan sebarang gol biarpun mengasak kuat ke kubu lawan, di mana para pemain PJ City berjaya menangkis setiap asakan yang diberikan oleh Felda United.

Kemenangan ini akan memberi motivasi tambahan buat skuad K Devan untuk terus mencatat kemenangan bagi meletakkan pasukan mereka dikedudukan terbaik Liga Super.

Tambahan daripada itu, kemenangan ini akan memberi mereka keyakinan apabila dijadualkan bakal bertemu Kedah pada 26 Jun nanti di Stadium Darul Aman.

Manakala Felda United pula kekal di tempat tercorot liga dengan hanya mengutip 12 mata daripada 17 perlawanan.