Luar Negara Berita

Juara dunia Perancis dimalukan Turki

Turki membawa pemenang Piala Dunia tahun lalu, Perancis tunduk ke bumi ketika mereka mengalahkan pasukan Didier Deschamps 2-0 di Konya.

Ketiadaan Lucas Hernandez dan N’golo Kante jelas memberi impak kepada Perancis, tetapi dengan kehadiran Antoine Griezmann dan Paul Pogba di bahagian tengah jelas tidak seperti yang diharapkan.

Turki menjaringkan gol menerusi Kaan Ayhan pada minit ke-30 sebelum Cengiz Under memanfaatkan kesilapan yang dilakukan Samuel Umtiti untuk jaringan kedua pada minit ke-40.

Pada separuh masa kedua, Perancis cuba untuk bangkit tetapi Turki sudah bersedia untuk mempertahankan kelebihan dua gol yang diperolehi mereka.