Manchester United mengesahkan bahawa Juan Mata telah ditawarkan kontrak baru.
Kontrak semasa pemain berusia 31 tahun ini bakal tamat dalam bulan ini, tetapi ia masih menjadi persoalan adakah pemain Sepanyol ini akan mengikut jejak langkah dua pemain United yang menjadi ejen bebas – Ander Herrera dan Antonio Valencia.
Bagaimanapun, Mata, yang berada di dalam radar PSG, kini mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak dengan United atau meninggalkan kelab tersebut.
Dalam laporan sama yang dikeluarkan oleh Skysport, United turut menawarkan kontrak baharu kepada pemain Bawah 23 United, Aidan Barlow, penjaga gol Alex Fojticek dan Paul Woolston serta pertahanan Itali, Luca Ercolani.