Malaysia Berita

Piya sarung jersi Kelantan United

Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi atau lebih kenali sebagai Piya bakal menyertai pasukan Kelantan United.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Presiden Kelantan United, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, “saya percaya kehadiran tonggak berpengalaman terbabit akan menambah kekuatan, untuk Kelantan United dalam mengharungi saingan musim ini.

“Selain Bahdri, kami turut bawa masuk beberapa pemain yang sudah mempunyai pengalaman dengan saingan liga tempatan antaranya Mohd Nizab Ayub (Perak), Mohd Azrean Aziz (T-Team), Wan Mohamad Ridhwan Deraman (Kelantan) dan Mohd Ainan Yusoff (Piala Presiden Kelantan),” katanya.

Menurutnya, Kelantan United turut diperkuatkan dengan kehadiran pemain import dari Gambia, Alfusainey Gassamu bagi memperkasa bahagian serangan.

“Kehadiran enam tonggak itu bagi menggantikan mereka yang digugurkan iaitu Muhamad Azmi Hamzah, Muhamad Fadzlie Abdullah, Mohamad Faizol Fazree Ismail Mohamad Azri Azam, Mohamad Zailani Ramli dan Elano Carlos Zozimar.

“Meskipun digugurkan, Kelantan United tetap mengambil berat kebajikan mereka dengan mencari pasukan baharu untuk pemain terbabit,” katanya.

Kelantan United sekarang bermain untuk Liga M3 dan telah berada ditangga ketiga.