Malaysia Berita

Dua import baharu bakal sertai TFC

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bakal mengikat dua lagi pemain import baharu sebelum jendela kedua perpindahan Liga Malaysia menutupkan tirainya.

Tetapi menurut laporan BH Sukan, PBSNT belum mendedahkan lagi nama dua pemain berkenaan tetapi sudah sampai kepada proses akhir pendaftaran.

“Belum selesai lagi proses pendaftaran, selepas selesai pendaftaran esok, kita akan buat pengumuman secara rasmi,” kata sumber itu.

BH Sukan juga turut melaporkan bahawa bakal ada pertukaran pemain import di dalam pasukan Terengganu FC.

Berdasarkan prestasi semasa, pemain pertahanan Igor Zonjic dan juga pemain tengah, Thierry Chantha Bin bakal digugurkan daripada skuad TFC musim ini.

“Kita akan tukar dua pemain import bagi memantapkan lagi pasukan,” kata sumber BH Sukan.