Liga Super Malaysia Berita

KL berjaya keluarkan diri dari zon penyingkiran

PKNP FC gagal untuk mengeluarkan diri mereka daripada badi kekalahan selepas tewas ke atas Kuala Lumpur 4-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Keputusan ini jelas memberi impak kepada anak buah Abu Bakar Fadzim yang sudah mengalami lima kekalahan dalam lapan aksi terakhir Liga Super.

Kekalahan ini lebih malang lagi apabila pasukan Kuala Lumpur berjaya mengeluarkan diri mereka daripada zon penyingkiran sekali gus berada di kelompok ke-10.

Pada perlawanan tersebut, tuan rumah tampil dengan aksi yang penuh motivasi apabila bermula garang dengan mendahului 3-0 pada babak pertama hasil daripada jaringan Paulo Josue dan dua jaringan Guilherme De Paula.

De Paula melengkapkan hatrik beliau pada babak kedua dengan jaringan minit ke-90.

Manakala gol tunggal PKNP FC dijaringkan oleh Giancarlo Lopes Rodrigues pada minit ke-81.