Malaysia Berita

Nabil Ahmad pemain baharu Terengganu FC

Pemain sayap pasukan Ultimate FC, Mohd Nabil Ahmad Latpi kini sah bergelar pemain pasukan Terengganu Football Club (TFC) untuk musim ini.

Pemain yang beraksi di Liga M3 Malaysia ini dilihat sebagai salah seorang pemain yang berpotensi tinggi oleh ketua jurulatih TFC, Haji Irfan Bakti Abu Salim.

Mohd Nabil yang mempunyai rekod yang baik sepanjang beraksi bersama pasukan Ultimate FC pernah beraksi menentang pasukan TFC dan dari situlah Irfan Bakti berminat untuk mengikuti perkembangan pemain ini kerana beliau dilihat sebagai seorang pemain sayap yang baik diketika ini pasukan TFC juga sangat memerlukan seorang pemain sayap untuk meningkatkan lagi kualiti serangan pasukan ini.

Bersama pasukan TFC, Nabil bakal menyarung jersi bernombor 14 dan diharapkan nombor ini akan menjadi nombor yang akan sentiasa menjadi sebutan penyokong.

Untuk rekod pemain kelahiran Kedah  ini telahpun berjaya menghasilkan 7 jaringan dalam aksi liga musim ini bersama Ultimate FC dan ianya dilihat sebagai satu bonus dimana mempunyai pemain sayap yang juga boleh menjaringkan gol buat pasukan.

Seluruh keluarga TFC termasuk penyokong dan peminat sudah tidak sabar untuk menyaksikan aksi pemain baru TFC ini tidak lama lagi.