Pemain barisan hadapan Liverpool sering mendapat pujian apabila berjaya menyudahkan kerja mereka tetapi bahagian pertahanan mereka juga antara penyumbang kepada gol yang dihasilkan oleh Liverpool.
Selepas Virgil van Dijk membuka jaringan dan Trent Alexander-Arnold membuat dua bantuan gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Newcastle United, barisan pertahanan Liverpool kini mempunyai 38 gol dan bantuan gol dalam semua pertandingan.
Alexander-Arnold hanya mempunyai satu gol musim ini tetapi beliau merekodkan 13 bantuan gol – sama dengan rakan sepasukan Andy Robertson – yang belum menjaringkan sebarang gol tetapi layak berada di dalam PFA Team of the Year kerana persembahannya yang menarik.
Hanya Christian Eriksen (12), Ryan Fraser (14) dan Eden Hazard (15) mempunyai lebih banyak bantuan gol daripada dua pemain Reds di Liga Perdana Inggeris.
Pemain Terbaik PFA Van Dijk mempunyai enam gol dan empat bantuan gol sementara rakan sepasukannya Joel Matip telah menjaringkan satu gol.
24 perlawanan tanpa bolos dan 38 gol dan bantuan gol dalam semua pertandingan dari pertahanan adalah rekod yang sangat baik tetapi ianya tidak bermakna jika Liverpool tidak mengakhiri musim ini dengan piala.