Malaysia Berita

Yusri tak puas hati barisan serangan tumpul

Kelantan gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 0-0 dengan Sarawak pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam tadi.

Bagi pengendali Kelantan, Yusri Che Lah nyata tidak berpuas hati dengan barisan hadapan pasukannya yang gagal mencetak gol biarpun mempunyai tiga peluang terhidang bagi mencetak gol

“Ketiadaan pemain tengahnya, Nik Akif Syahiran dan ketandusan pemain import turut menyebabkan skuadnya sedikit longgar terutama di jentera serangan,” kata Yusri.

“Kita hanya menggunakan seorang pemain import (Flavio) sahaja selepas David Rowley terpaksa digantikan akibat kecederaan pada babak kedua permainan

“Saya terpaksa melakukan dua pertukaran pemain dengan memasukkan Nik Azli dan Amirul Shafik Che Soh yang dilihat banyak membantu mengubah rentak permainan pasukan.”