Luar Negara Berita

Video : Shane Long rekod gol terpantas Liga Perdana Inggeris

Penyerang Southampton, Shane Long mencipta rekod baru ketika pasukan beliau seri, 1-1 dengan Watford apabila merekodkan gol terpantas dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dengan catatan 7.69 saat.

Gol beliau hadir sejurus sepak mula perlawanan bagi menewaskan penjaga gol tuan rumah Ben Foster.

Beliau juga berjaya mengatasi gol terpantas yang pernah direkodkan oleh bekas pemain Tottenham, Ledley King pada 9.9 saat pada Disember 2000.

“Ia rekod bukan?” kata Long selepas perlawanan. “Bermula dari sepak mula kami mahu memberikan tekanan ke atas mereka. 99 daripada 100 kali anda menghalangnya dan ia tidak berjaya tetapi kali ini ia berjaya.”

The Saints mampu meledak beberapa gol lagi namun percubaan Nathan Redmond dan Ryan Bertrand terkena tiang gol. Redmond turut menyaksikan percubaannya diselamatkan Foster manakala tandukan Long dua kali tersasar.