Luar Negara Berita

Sterling mahu hukuman potongan mata kepada pasukan yang menyokong perkauman

Pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling menggesa agar hukuman pemotongan sembilan mata ke atas pasukan penyokong yang menyerang dengan perkaumanan dan beraksi tiga kali di stadium kosong.

Beliau yang sebelum ini menjadi mangsa serangan perkauman mahu badan induk bola sepak mengambil langkah tegas bagi menangani isu terbabit.

“Saya mencadangkan supaya sembilan mata dipotong atas kesalahan serangan berbaur perkauman,” katanya menerusi akhbar Times.

“Ia mungkin agak keras tetapi tindakan penyokong yang melakukan serangan berbaur perkauman akan menyebabkan pasukan mereka tergelincir atau menjejaskan peluang merebut gelaran.

“Kelab yang terbabit juga perlu dihukum beraksi tiga perlawanan dalam stadium kosong. Dengan cara ini, mereka hilang pendapatan sebagai padah hukuman melakukan diskrimasi perkauman.”

Sterling sebelum ini melancarkan manifesto bagi memohon sokongan kaum kulit hitam dan etnik minoriti lain yang berkedudukan dalam badan bola sepak menyokong langkan pemain meninggalkan padang jika mereka berdepan ejekan berbaur perkauman.

“Setiap hari di serata dunia, pemain kulit hitam dan Asia, baik penyokong dan jurulatih terdedah serangan perkauman sama ada ketika bermain bola sepak jalanan hingga ke Liga Juara-Juara,” kata Sterling.

“Saya berpendapat, pengelola perlawanan bola sepak berkenaan tidak melakukan kerja mereka, ia sesuatu yang tidak bagus.” katanya.