Luar Negara Berita

Milner beri sokongan buat Manchester United

Pemain tengah Liverpool, James Milner melaungkan sokongan kepada Manchester United buat pertama kali dalam bertembungan Manchester Derby yang akan berlangsung awal pagi esok.

Manchester United bakal bertemu Manchester City pada pertembungan Liga Perdana Inggeris, jika United berjaya menumpaskan City, gelaran takhta liga sudah pasti akan menjadi milik Liverpool.

“Pertama kali dalam hidup saya,” katanya.

“Tapi saya tak akan menonton perlawanan itu. Ia hanya membuang tenaga saya.

“Saya tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya. Saya juga mungkin berada jauh daripada telefon bimbit untuk beberapa jam dan memeriksanya selepas tamat perlawanan. Saya mungkin keluar bersiar-siar dan memesan makanan,” katanya.

Liverpool akan berdepan Huddersfield Town, Newcastle United dan Wolves manakala Manchester City akan berdepan Burnley, Leicester City dan Brighton and Hove Albion pada baki saingan.

“Orang ramai menganggap United pasukan pencabar utama, tapi sebenarnya ia bukan membabitkan satu pasukan saja.

“Itu cerita lama, saingan Liga Perdana memang sengit, tak kira pasukan mana anda temui, kita terpaksa berhempas pulas melawan mereka.”