Malaysia Berita

Kedah Atur Jelajah Lembang Klang

Cuti rehat selama 20 hari digunakan oleh pasukan Kedah bagi mengadakan perlawanan persahabatan di sekitar Lembah Klang bermula dari 17 hingga 22 Mac ini.

Dalam satu kenyataan yang dibuat di Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) cuti panjang yang melibatkan aksi antarabangsa akan digunakan bagi persiapan rapi saingan Liga Super yang akan disambung nanti.

Kedah bakal memulakan aksi persahabatan bertemu Negeri Sembilan FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 17 Mac dan seterusnya menentang UiTM FC pada 18 Mac dan UKM FC pada 12 Mac.

“Tiga perlawanan di sekitar Lembah Klang ini telah diatur bagi memastikan persiapan rapi aksi perlawanan ke-7 antara Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman pada  29 Mac ini.”

“Semua perlawanan persahabatan berkenaan bakal berlangsung pada jam 8.45 malam dan sila jumpa anda di sana…”

Selain daripada itu, tiga wakil Kedah berada di kem latihan pusat skuad senior negara bagi menghadapi kejohanan Piala Airmarine 2019 yang akan berlangsung nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 hingga 23 Mac ini.

Pemain tersebut adalah Zaquan Adha, Mohd Rizal Ghazali dan Mohd Ifwat Akmal.