Kolum

Johor Darul Ta’zim v Perak : Pertembungan Panas Dua Musuh Tradisi

Perlawanan Piala Sumbangsih yang akan berlangsung esok bakal membabitkan pertemuan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim dan juara Piala Malaysia, Perak.

Perlawanan ini akan dimainkan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin dengan JDT bakal turun selaku tuan rumah dan Perak sebagai pasukan pelawat.

Rekod 12 pertembungan terakhir menyaksikan JDT berjaya menewaskan Perak dalam sembilan pertemuan dan tiada keputusan seri yang dicatatkan. Kekalahan terakhir pasukan JDT adalah musim lalu dengan keputusan 2-1  yang memihak kepada Perak.

 

Pertembungan dua juara ini ditunggu-tunggu oleh penyokong masing-masing kerana mempunyai sejarah tersendiri. Antaranya adalah kisah kekecohan yang berlaku sepanjang pertembungan kedua-dua pasukan dimana pada musim lalu, pertembungan JDT dan Perak yang berakhir seri ditambah dengan provokasi daripada para penyokong.

Pada 2014, provokasi kedua-dua penyokong memaksa Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak melepaskan gas pemedih mata serta beberapa tangkapan dibuat. Terdapat juga beberapa wartawan yang cedera selepas objek keras terkena mereka. 

Sejarah pertembungan yang panas daripada kedua-dua pasukan bakal menyambut mereka saat pertembungan di Larkin nanti.

Dengan kehadiran beberapa muka baru buat pasukan Perak, pengendali pasukan, Mehmet Durakovic pastinya akan menampilkan permainan yang berbeza. Antara pemain yang menjadi tumpuan adalah bekas pertahanan tengah PKNS, Zac Anderson yang bakal bergandingan dengan Shahrul Saad.

 

Manakala pasukan JDT pula telah mendapatkan khidmat bintang muda negara Akhyar Rashid, Aaron Niguez, Mauricio dan paling menjadi tumpuan adalah pemenang Kasut Emas Liga Thailand, Diogo Luis Santo. 

Pasukan kendalian Luciano Figueroa bakal turun selaku juara Liga Super lima kali dengan beberapa siri kecedaraan yang dilaporkan telah pulih.

Pemain baru yang bertugas selalu pertahanan tengah pasukan JDT, Mauricio Nascimento dan pemain sayap kelahiran Sepanyol, Aaron Niguez dilaporkan telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan sedang dalam fasa meningkatkan kecerdasan. Manakala pemain tengah, Natxo Insa bakal diketepikan selepas dilaporkan belum pulih sepenuhnya.

Bagi pasukan daripada utara tanah air pula, tiada pemain yang dilaporkan cedera sepanjang aksi pramusim dan boleh diturunkan pada pertembungan Piala Sumbangsih nanti.