Hajime Moriyasu memuji semangat juang pasukannya ketika Jepun melangkah ke final Piala Asia AFC kali kelima sejak 1992 apabila berjaya mencatat kemenangan 3-0 ke atas Iran di Stadium Hazza bin Zayed di Al Ain.
Jaringan dari Yuya Osako dan gol lewat dari Genki Haraguchi membawa Jepun selangkah lagi dalam misi merangkul mahkota Asia, di mana mereka akan berdepan sama ada Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau Qatar di Stadium Bandaraya Zayed pada hari Jumaat.
“Iran mempunyai banyak keputusan baik pada masa lalu dan kami tahu mereka akan menjadi lawan yang sangat sukar, tetapi para pemain telah bersedia dengan baik dan mereka menunjukkan semangat juang yang hebat,” kata Moriyasu, yang juga memimpin Jepun ke final Sukan Asia di Indonesia musim panas lalu.
“Mereka tidak lupa untuk mempunyai minda pencabar dan yang memberi kita kemenangan hari ini. Perlawanan yang dimainkan ditempat lawan, tetapi terdapat banyak penyokong Jepun dan ramai orang yang menyokong kami juga.
“Saya gembira pemain dapat menunjukkan semangat untuk bertarung dan memberikan hasil yang baik.”
Kemenangan ke atas Iran bermakna Jepun mengekalkan rekod sempurna mereka di Piala Asia 2019 setelah mengalahkan Turkmenistan, Oman dan Uzbekistan pada peringkat kumpulan sebelum menewaskan Arab Saudi dan Vietnam pada pusingan kalah mati.
“Saya tidak fikir kami telah berubah berbanding dengan bagaimana kami bermain dalam perlawanan sebelumnya, tetapi apa yang dilakukan oleh pemain kami hari ini, dengan menghormati dan mengetahui lawan kami, mereka berusaha untuk melakukan yang terbaik sebagai satu pasukan, ” kata Moriyasu.
“Mengetahui bahawa Iran mempunyai serangan yang baik dan kuat secara fizikal, para pemain agresif dan menunjukkan semangat juang, dan itulah perbezaannya. Kami cuba memenangi dan mereka tetap gigih. ”
“Kami tahu hari ini sangat sukar untuk memegang bola, tapi pemain berusaha keras dan menyampaikan bola dari garis pertahanan ke depan dan saya rasa itu adalah bahagian yang bagus.
“Hari ini kami dapat menjadi agresif dalam serangan dan bertahan tetapi kami bersabar dengan asakan dan dapat menghentikan serangan Iran.”