Berita Asian Cup

Australia Buru Tiga Mata Penuh, Palestine Buru Mata Berharga

Australia mungkin mempunyai peluang untuk mempertahankan Piala Asia 2019 tetapi ketua jurulatih mereka, Graham Arnold berkata kejayaan pada 2015 adalah tidak relevan lagi dan anak buah beliau perlu terus kekal fokus untuk perlawanan hari ini.

Kekalahan mengejut pada perlawanan pertama peringkat kumpulan ke atas Jordan yang lalu bakal ditentukan pada perlawanan hari ini dengan Arnold meletakkan kepercayaan kepada anah buahnya untuk kembali ke landasan yang betul.

Dengan Jordan yang sudah mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati setelah berjaya menumpaskan Syria 2-0 semalam, Australia dilihat tertekan untuk mencari tiga mata berharga bagi menghidupkan kembali peluang mereka.

“Empat tahun yang lalu adalah masa yang panjang, dan ia adalah satu pasukan yang sangat berbeza dengan apa yang kami telah lalui empat tahun lalu,” kata Arnold, yang turut memimpin Australia pada Piala Asia AFC 2007.

“Empat tahun yang lalu ia dimainkan di Australia di tanah air, kali ini di sini di UAE, dengan pasukan yang sangat berbeza.

“Ini satu memori hebat untuk bola sepak Australia, sudah tentu, tapi kini sudah tiba masanya. Kami menyerahkan trofi itu kembali sehari sebelum perlawanan pertama diantara UAE vs Bahrain bermula, dan trofi itu untuk dimenangi semula.”

Beliau juga menegaskan bahawa anak buahnya tidak akan mengambil mudah pada perlawanan bertemu Palestine dan akan menggunakan sepenuh kekuatan untuk mencari tiga mata berharga.

“Kami mengharapkan reaksi hebat dari pemain,” tegasnya. “Anak buah kami akan bermain dalam perlawanan ini dengan keyakinan, kepercayaan dan harapan untuk menang.”

Biarpun menguasai perlawanan dengan Jordan tempoh hari, kem Australia dilihat gagal untuk menguasai pertempuran bola diudara apabila acap kali kalah dengan pertahanan Jordan yang tinggi lampai.

“Sesuatu yang ada di Australia juga adalah sikap yang hebat untuk berperang. Palestin akan menjadi agresif dan pentingnya kita memenangi pertempuran,

“Anda tidak mahu melihat ke belakang, tetapi melawan Jordan kami menguasai 76 peratus perlawanan, kami mempunyai peluang yang baik dan pada hari yang lain kami akan menjaringkan tiga atau empat gol.” katanya.

Australia yang masih terkesan dengan kekalahan mengejut pada perlawanan pembukaan. Bagi jurulatih Palestin pula, Noureddine Ould Ali pula berpuas hati dengan pasukan beliau yang berjaya mencatat keputusan seri dengan 0-0 dengan Syria.

“Dalam perlawanan terakhir kami sangat bertahan kerana keadaan perlawanan tidak membolehkan kami menukar gaya kami,” kata bos Algeria itu.

“Tetapi kami sangat gembira dengan prestasi kami dan titik yang kami dapat dalam perlawanan pertama, dan itulah yang paling penting.”

Beliau juga sudah bersedia untuk menggunakan kelemahan yang ada pada Australia untuk mencari gol awal.

“Anda perlu tahu bahawa kami berada di 2019, dan setiap pasukan dapat memberikan prestasi yang baik,” katanya.

“Mengenai Jordan melawan Australia, kami mempelajari permainan di antara mereka dan kekuatan (Australia), tetapi kami juga melihat titik kelemahan dan kami juga akan memanfaatkan kelemahan seperti itu.”