Eropah Berita

Itulah Pasukan Yang Paling Dinanti-nanti – Hasan Salihamidzic, Pengarah Sukan Bayern Munich

Pendahulu Liga Perdana Inggeris bakal bertemu gergasi German , Bayern Munich pada pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah.

Bagi Pangarah Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic berpendapat bahawa ia adalah pertemuan yang ditunggu-tunggu apabila bakal bertemu bekas pengurus Dortmund, Jurgen Kloop dan pasukan terbaik England.

“Itulah pasukan yang paling dinanti-nantikan ketika ini, pendahulu liga di England, dan mereka menampilkan permainan bola sepak yang amat baik, amat fizikal, benar-benar menonjol,” kata Salihamidzic selepas selesai undian peringkat 16 terakhir, hari ini.

“Kami tidak sabar untuk mengharunginya. Ia cukup sukar, tetapi ia sesuatu yang kamu inginkan sebagai pemain.”

Kloop berjaya membawa Liverpool menduduki taktha Liga Perdana Inggeris apabila berjaya mengalahkan seterus mereka, Manchester United, dua hari lepas. Manakala Bayern pula bergelut ditempat ketiga dengan perbezaan sembilan mata dengan pendahulu liga, Dortmund.

“Klopp adalah jurulatih terbaik, seorang yang turut mempunyai hubungan yang baik dengan media,” kata Salihamidzic.