Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Shahrel Azam Mahu Jaringkan Gol

Penyerang muda negara, Shahrel Fikri Fauzi berharap agar kemarau gol beliau pada kempen Piala AFF Suzuki 2018 kali ini berjaya dihentikan menjelang perlawanan akhir nanti dengan Vietnam.

Beliau yang beraksi bersama kelab Thailand, Nakhon Ratchasima masih belum menjaringkan sebarang gol sejak diturunkan dalam empat daripada enam perlawanan Piala AFF Suzuki 2018.

Justeru bagi pemain yang berasal daripada Sabah ini, jika diberi peluang untuk beraksi dipentas final nanti. Beliau berazam untuk menjaringkan gol bagi membuka akaun gol pada kejohanan ini.

“Jika diberikan peluang untuk bermain di final, sudah tentu saya akan memberikan yang terbaik tetapi saya juga masih memburu gol pertama saya di pentas Piala AFF,” katanya.

Selain daripada itu, beliau juga meminta agar semua pemain fokus dan bersedia dalam menghadapi pasukan Vietnam. Shahrel juga mahu bahagian pertahanan sentiasa waspada dengan ancaman Nguyan Ahn Duc yang boleh menghancurkan impian skuad negara dalam memburu kemenangan selesa nanti.

“Vietnam berbahaya apabila mereka melakukan serangan diketuai oleh pemakai jersi nombor 19, Nguyen Quang Hai,” kata Shahrel kepada Berita Harian.