Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Malaysia Berdepan Vietnam Dalam Misi Balas Dendam

Pasukan Harimau Malaya bakal bertemu dengan Vietnam pada pentas akhir Piala AFF Suzuki 2018 setelah pasukan Vietnam mudah mengatasi lawan, Filipina di separuh akhir kedua semalam, 2-1.

Pertembungan ini dikira sebagai misi membalas dendam kepada Vietnam selepas anak buah Tan Cheng Hoe tewas 0-2 di Hanoi, pada peringkat Kumpulan A.

Filipina yang datang dengan misi untuk mencari gol pendahuluan setelah ketinggalan 2-1 pada separuh akhir pertama nyata menguasai perlawanan tetapi terpaksa akur dengan kekebalan pertahan Vietnam yang berjaya menghalang asakan daripada Filipina.

Pada akhir perlawanan, Vietnam berjaya mencari gol pendahuluan apabila penyerang mereka, Nguyen Quang berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-83 sebelum Nguyen Phuong berjaya menambah satu lagi gol selang tiga minit selepas itu.

Gol saguhati Filipina dijaringkan oleh James Younghusband selepas keadaan kucar-kacir dihadapan pintu gol tuan rumah.

Vietnam bakal bertemu skuad negara pada aksi pertama final di Stadium Nasional Bukit Jalil manakala aksi kedua final akan berlangsung di Hanoi.