Malaysia Berita

Safawi Rasid Antara Calon Pemain Paling Bernilai

Pemain Paling Bernilai yang dianggap sebagai penghormatan terbaik bagi pemain yang menggegarkan Liga Malaysia (Liga-M) bakal diumumkan pada Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (AKB18).

Antara pemain-pemain yang disebut bakal menjuarai anugerah ini adalah Safawi Rasid dengan beberapa persembahan yang menarik untuk membantu Johor Darul Ta’zim menjuarai Liga Super serta beberapa aksi yang membantu skuad negara.

Beliau juga turut tercalon bagi Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Muda Harapan terbaik bakal bersaingan dengan rakan sepasukannya Hazwan Bakri dan Akhyar Rashid daripada Kedah juga turut dilihat antara pemain paling konsisten musim lalu.

Apa yang menarik untuk ABK yang bakal berlangsung tahun ini adalah senarai pemain yang tercalon didominasi oleh pemain muda negara B-23.

Ia menunjukkan bahawa skuad kebangsaan tidak kering bakat muda dalam kancah bola sepak antarabangsa dan perkara ini turut dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam dimana ia adalah bukti bahawa Liga-M mampu memberi kesan yang positif dalam perkembangan bakat muda negara.

“Kita lihat persembahan skuad B-23 yang sedang meningkat naik dan kita juga dapat lihat masa depan bola sepak kita masih cerah.

“Tapi kita masih perlu bekerja keras untuk memastikan landasan yang lebih baik dapat disediakan untuk mereka terus berjaya.

“Kita kena pastikan Liga M mampu menampung perkembangan mereka ini di masa akan datang sekali gus mencipta pencapaian lebih cemerlang apabila menyertai skuad kebangsaan,” katanya kepada Berita Harian.

ABK yang bakal berlangsung nanti juga bakal memperkenalkan kategori terbaharu, Anugerah Pemain ASEAN Terbaik bagi menghargai pemain ASEAN yang beraksi dikancah Liga-M

Senarai Calon Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK18)

Penjaga Gol Terbaik

  •  Farizal Marlias (JDT)
  • Hafizul Hakim (Perak)
  • Khairul Fahmi Che Mat (Melaka)

Pertahanan terbaik

  • Matthew Davies (Pahang)
  • Shahrul Saad (Perak)
  • S Kunanlan (JDT)

Pemain tengah terbaik

  • Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan)
  • Nor Azam Azih (Pahang)
  • Safawi Rasid (JDT)

Penyerang terbaik

  • Ahmad Hazwan Bakri (JDT)
  • Akhyar Rashid (Kedah)
  • Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC)

Pemain muda harapan

  • Akhyar Rashid (Kedah)
  • Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan)
  • Safawi Rasid (JDT)

Jurulatih terbaik

  • B Sathianathan (FELDA United)
  • Dollah Salleh (Pahang)
  • Mehmet Durakovic (Perak)

Pemain import terbaik

  • Gonzalo Cabrera (JDT)
  • Lee Tuck (Terengganu)
  • Rufino Segovia (Selangor)

Pemain ASEAN terbaik

  • Faris Ramli (PKNS FC)
  • Hariss Harun (JDT)
  • Safuwan Baharuddin (Pahang)

Penyokong terbaik

  • JDT
  • Kedah
  • Pahang

Media sosial terbaik

  • JDT
  • Selangor
  • Terengganu FC

Laman web terbaik

  • JDT
  • Selangor
  • Terengganu FC