Piala Malaysia Berita

Mehmet Mahu Anak Buah Teruskan Rentak Kemenangan

Mehmet Durakovic, jurulatih Perak percaya dengan kemampuan anak buahnya untuk mempertahankan kelebihan 5 gol menjelang separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Sabah di Stadium Likas, Ahad ini.

Justeru bekas jurulatih Selangor itu berharap anak buahnya mengekalkan rentak kemenangan ketika bertandang ke Stadium Likas nanti.

“Tidak ada istilah beri peluang. Malah jika boleh saya mahu anak buah teruskan rentak kemenangan supaya mara ke final dengan agregat besar.

“Sabah akan berusaha menebus maruah yang tercalar di Ipoh. Namun saya yakin pemain Perak juga ingin buktikan mereka bukan hanya jaguh kampung,” katanya kepada Berita Harian.

Sabah akan menerima kunjungan Perak pada Ahad ini bagi aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia, dimana pada perlawanan pertama Perak berjaya menang besar ke atas Sabah dengan 5 gol tanpa balas.