Berita Asia

VIDEO: Kompilasi aksi-aksi terbaik Haziq Nadzli menentang Korea Selatan

Malaysia sah berjaya layak ke peringkat kalah mati acara bolasepak di pentas Sukan Asia, dan dijadualkan bertemu Jepun pada hari Jumaat ini. Antara kemenangan yang membantu mereka layak adalah kemenangan 2-1 ke atas juara bertahan, Korea Selatan.

Safawi Rasid muncul pemain terbaik Malaysia dengan dua jaringan gol malam tersebut, namun pujian juga harus diberikan kepada Haziq Nadzli – penjaga gol Malaysia yang beraksi dengan cukup cemerlang malam tersebut.