Santai Malaysia

Enam perkara anda perlu tahu tentang MISC-MIFA

MISC-MIFA merupakan singkatan daripada Malaysian Indian Sports Council – Malaysian Indian Football Association. Merupakan sebuah pasukan bola sepak yang ditubuhkan pada tahun 2004.

Mereka mula menyertai saingan bola sepak Malaysia pada tahun 2014 dengan menyertai kejohanan Piala FAM. Pada tahun itu, mereka menamatkan saingan ditangga ke-9 liga. Pada tahun berikutnya, 2015 MIFA berjaya menjadi naib juara Kumpulan B dalam dibawah pasukan Melaka United.

Tahun 2016 merupakan tahun dimana mereka berjaya menjulang Piala FAM seterusnya berjaya mara ke saingan Liga Premier. Penampilan sulung mereka dalams saingan Liga Premier 2017 agak tidak memberangsangkan namun MIFA berjaya kekal dalam liga tersebut.

Diam-diam ubi berisi, itulah satu ungkapan yang dapat menggambarkan pasukan ini kerana MIFA berjaya menamatkan Liga Premier 2018 ditangga ketiga dan berjaya mendapatkan tiket untuk menyertai saingan Piala Malaysia 2018.

Disini kami hidangkan kepada anda 6 perkara yang anda perlu tahu tentang pasukan MISC-MIFA: