Santai Piala Dunia 2018

Brazil pasukan pilihan Mufti Wilayah Persekutuan? Iktibar daripada kemenangan ke atas Costa Rica

Sejurus tamat perlawanan di antara Brazil dan Costa Rica, FB Page rasmi Mufti Wilayah Persekutuan memuat naik status berkenaan juara 5 kali Piala Dunia, Brazil.

Bagi yang menyaksikan perlawanan tersebut, Brazil dilihat bergelut selama 90 minit permainan sebelum dapat menjaringkan gol menerusi P. Countinho dan Neymar Jr dalam masa tambahan.

Di dalam status tersebut, beliau memberikan pandangan tentang beberapa aspek yang boleh dijadikan iktibar daripada kemenangan yang dicatatkan oleh skuad Amerika Selatan tersebut.

“Dalam perlawanan yang penuh dramatik sebentar tadi jelas menunjukkan yang Brazil menguasai perlawanan. Tetapi bola dikira gol bukan cantik permainan sahaja.” – tulisnya di laman rasmi tersebut.

Anda boleh lihat status tersebut di bawah:

Pasukan Brazil… IktibarDalam perlawanan yang penuh dramatik sebentar tadi jelas menunjukkan yang Brazil menguasai…

Posted by Mufti Wilayah Persekutuan on Friday, June 22, 2018

 

Berdasarkan status tersebut, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menonton perlawanan tersebut sehingga tamat permainan. Bahkan, kami percaya Tuan Mufti juga amat meminati pasukan yang diberi jolokan Seleção dalam kempen Piala Dunia 2018 ini.

Di akhir status tersebut, beliau juga mengharapkan Malaysia mampu mengangkat bola sepak ke persada antarabangsa.

Jika Tuan Mufti Wilayah Persekutuan ini meminati Brazil. Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan pasukan ‘favorite’ anda dalam ruangan komen.