
Baru-baru ini, kami memuat naik sebuah artikel yang memberi gambaran skuad Soviet Union sekiranya negara tersebut tidak dipecahkan. Pemain-pemain seperti Oleg Zinchenko dan Henrikh Mkhitaryan sudah tentu dapat beraksi di pentas Piala Dunia, jika pasukan Soviet Union masih wujud.
Artikel tersebut mendapat sambutan yang meluas daripada para pembaca kami, sehingga ada yang turut meminta kami menulis dan memberi gambaran skuad Malaysia, sekiranya pemisahan Brunei dan Singapura tidak berlaku.
Seperti yang anda tahu, Brunei menarik diri daripada perbincangan untuk membentuk persekutuan Malaysia pada tahun 1962, manakala Singapura pula pada mulanya menyertai Malaysia pada tahun 1963, sebelum menarik diri dua tahun kemudian pada tahun 1965.
Jadi berikut adalah gambaran skuad Malaysia, sekiranya Brunei dan Singapura menjadi sebahagian daripada negara kita sehingga hari ini: