Piala Dunia 2018 Luar Negara

Tribe Ratings Pemain: Gandingan Sainsbury-Milligan cukup mantap, Pogba mula mencari rentak

Perancis berjaya menewaskan pasukan Australia dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia 2018 petang tadi.

Skuad Les Bleus terlebih dahulu membuka jaringan apabila Antoine Griezmann menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-58 sebelum Mile Jedinak menyamakan kedudukan juga menerusi sepakan penalti pada minit ke-62. Paul Pogba kemudiannya muncul untuk melambungkan bola melepasi Matthew Ryan ke dalam gawang pasukan Australia pada minit ke-81.

Berikut merupakan rating yang telah kami berikan kepada setiap pemain:

Ratings Pemain Perancis

Hugo Lloris – 6/10

Tidak banyak diuji pada separuh masa pertama, namun cemerlang menafikan sepakan percuma Aaron Mooy pada babak pertama. Berjaya ditewaskan oleh sepakan penalti Mile Jedinak.

Benjamin Pavard – 6/10

Efektif dalam meneutralkan ancaman daripada Robbie Kruse.

Raphael Varane – 6/10

Kental seperti biasa mempertahankan kotak penalti pasukan Perancis.

Samuel Umtiti – 4/10

Beraksi dengan baik bersama Raphael Varane di tengah, namun permainan beliau dicemari dengan insiden ‘handball’ yang menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Australia.

Lucas Hernandez – 6/10

Beraksi dengan baik di bek kiri. Matthew Leckie sangat bergelut menentang beliau.

N’Golo Kante – 6/10

Berjaya meneturalkan ancaman Tom Rogic di bahagian tengah.

Corentin Tolisso – 5/10

Tidak banyak impak yang kelihatan daripada beliau. Beliau juga mengutip kad kuning setelah menjatuhkan Tomi Juric pada minit ke-75. Dikeluarkan seminit kemudian untuk Blaise Matuidi.

Paul Pogba – 7/10

Memberikan ancaman menerusi sepakan percuma, namun beliau selepas itu seperti hilang daripada permainan. Namun secara tiba-tiba beliau muncul untuk melambungkan bola melepasi Matthew Ryan pada minit ke-81.

Kylian Mbappe – 6/10

Beraksi baik di babak pertama, namun beliau seperti hilang pada babak kedua.

Antoine Griezmann – 7/10

Agak senyap di separuh masa pertama, namun berjaya menyudahkan sepakan penalti setelah dijatuhkan oleh Josh Risdon. Dikeluarkan pada minit ke-70 untuk Olivier Giroud.

Ousmane Dembele – 6/10

Beraksi baik, namun tidak begitu mengancam kotak penalti pasukan Australia. Dikeluarkan juga pada minit ke-70 untuk Nabil Fekir.

Simpanan:

Olivier Giroud – 5/10
Dimasukkan pada minit ke-70 menggantikan Antoine Griezmann.

Nabil Fekir – 5/10
Dimasukkan pada minit ke-70 menggantikan Ousmane Dembele.

Blaise Matuidi – 5/10
Dimasukkan pada minit ke-76 menggantikan Corentin Tolisso.

Ratings Pemain Australia

Matthew Ryan – 6/10

Agak banyak dikerah melakukan aksi menyelamat dan cemerlang dalam perlawanan ini, namun dikecewakan oleh sepakan penalti Antoine Griezmann dan cubaan lambung Paul Pogba.

Josh Risdon – 4/10

Beraksi baik di bahagian kanan, namun dicemari oleh insiden beliau menjatuhkan Antoine Griezmann yang menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Perancis (setelah pengadil merujuk kepada VAR).

Mark Milligan – 6/10

Cemerlang pada babak pertama dalam mempertahankan kubu Australia.

Trent Sainsbury – 6/10

Turut cemerlang pada babak pertama dalam mempertahankan kubu Australia.

Aziz Behich – 5/10

Mengutip kad kuning di lewat permainan. Tidak begitu efektif dalam membantu jentera serangan Australia

Mile Jedinak – 7/10

Menyudahkan sepakan penalti setelah Samuel Umtiti dipersalahkan akibat menampan bola dengan tangan dalam kotak penalti Perancis. Agak efektif dalam meneutralkan ancaman Paul Pogba dan Corentin Tolisso di bahagian tengah.

Aaron Mooy – 6/10

Hantaran-hantaran beliau daripada bola mati memberikan ancaman-ancaman besar kepada pertahanan Perancis.

Tom Rogic – 5/10

Dineutralkan oleh N’Golo Kante dalam perlawanan. Beliau kemudian dikeluarkan pada minti ke-71 untuk Jackson Irvine.

Matthew Leckie – 5/10

Beliau kurang berjaya menggugat Lucas Hernandez di bahagian sayap beliau. Selain mengutip kad kuning pada babak pertama, beliau amat bernasib baik tidak dilayangkan kad kuning kedua pada babak kedua.

Andrew Nabbout – 5/10

Tidak kelihatan berjaya menggugat gandingan Raphael Varane dan Samuel Umtiti. Dikeluarkan untuk Tomi Juric pada minit ke-62.

Robbie Kruse – 5/10

Tidak banyak memberikan ancaman ke kotak penalti pasukan Perancis. Dikeluarkan pada minit ke-83.

SIMPANAN

Tomi Juric – 5/10
Dimasukkan pada minit ke-62 menggantikan Andrew Nabbout.

Jackson Irvine – 5/10
Dimasukkan pada minit ke-71 menggantikan Tom Rogic.

Daniel Arzani – 5/10
Dimasukkan pada minit ke-83 menggantikan Robbie Kruse.