Piala Dunia 2018 Luar Negara

Bagaimana rupa skuad Soviet Union sekiranya negara tersebut tidak dipecahkan?

Meskipun sudah tiada, Soviet Union pernah beraksi di pentas Piala Dunia suatu masa dahulu.

Mereka sempat menjadi salah satu pasukan kuat di Eropah dan pernah mempunyai penjaga gol hebat, Lev Yashin. Namun, sayangnya mereka telah dipecahkan kepada beberapa negara dan Piala Dunia 1990 menjadi medan terakhir sebagai sebuah pasukan.

Berikut adalah senarai skuad Soviet Union sekiranya negara itu masih wujud:

Igor Akinfeev

Penjaga gol veteran ini tetap akan menjadi pilihan utama jika Soviet Union masih ada. Dia mempunyai daya reaksi yang bagus walaupun sudah berusia 32 tahun.

Mario Fernandes

Pemain berketurunan Brazil ini akan mewakili Russia di Piala Dunia 2018 nanti. Dia pernah disebut-sebut sebagai pengganti Marcos Cafu.

Ivan Ordets

Menentang Manchester City di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini, Orderts mampu menampilkan gaya pertahanan yang kukuh sehingga lawannya hanya mampu meratapi jaringan.

Ragnar Klavan

Pada usia yang semakin matang, Klavan mempunyai pengalaman yang baik bersama Liverpool serta skuad kebangsaan Estonia. Klavan sendiri sudah menjadi sebahagian daripada pasukan Estonia sejak berusia 15 tahun.

Oleksandr Zinchenko

Pemain muda Manchester City ini asalnya bukan seorang bek kiri tetapi dia tetap mampu bermain di tahap yang diperlukan Pep Guardiola.

Henrikh Mkhitaryan

Walaupu mengalami penurunan prestasi di Manchester United, Mkhitaryan kini tampak akan kembali ke persembahan terbaik di bawah bimbingan Unai Emery.

Aleksandr Golovin

Pemain muda berbakat dan satu aset berharga Russia. Golovin mampu memainkan beberapa peranan di bahagian tengah.

Yevhen Konoplyanka

Pada musim ini, Konoplyanka telah mencatat empat gol serta lima bantuan jaringan untuk membantu Schalke menamatkan Bundesliga di tangga kedua.

Andriy Yarmolenko

Yarmolenko mampu menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Marco Reus dan Andre Schurrle untuk menjadi tonggak utama buat Borussia Dortmund pada awal musim.

Fedor Smolov

Menggantikan posisi Aleksandr Kokorin yang cedera, Fedor Smolov mampu mencatat gol demi gol buat Rusia.

Denis Cheryshev

Cheryshev sempat mewakili Real Madrid sebelum akhirnya bersama Villareal dan mempamerkan bakatnya di sana.