Piala Dunia 2018 Luar Negara

Marco Reus, Paulo Dybala dan 10 pemain yang bakal terlepas dari beraksi di Piala Dunia 2018

Piala Dunia 2018 semakin hampir dan para penyokong dan barisan pemain profesional di seluruh dunia semakin teruja menanti aksi pembuka tirai di Russia pada 14 Jun akan datang. Namun bagi segelintir pemain, Piala Dunia tahun ini bakal menyajikan memori yang tidak begitu indah.

Pemain-pemain seperti Michy Batshuayi dan Dani Alves kini sah tidak akan beraksi di Russia pada bulan Jun ini atas masalah kecederaan, tetapi ada beberapa pemain yang bakal terlepas dari beraksi atas masalah prestasi semasa. Berikut adalah senarai pemain-pemain tersebut:

Alvaro Morata (Chelsea/Spain)

Penyerang Chelsea ini sedang gagal mencari rentak bersama pasukan Chelsea musim ini, terutamanya selepas Olivier Giroud dibawa masuk pada bulan Januari lalu. Dan jika kita melihat prestasi semasa Rodrigo Moreno, Iago Aspas dan Diego Costa, susah untuk melihat Alvaro Morata dalam skuad Sepanyol yang akan berlepas ke Russia pada bulan Jun nanti.

Skhodran Mustafi (Arsenal/Germany)

Mustafi merupakan sebahagian daripada skuad Jerman yang berjaya memenangi Piala Dunia pada 2014, namun selepas berhijrah ke Arsenal, prestasinya semakin merosot, sehingga sering disalahkan oleh pihak penyokong apabila the Gunners mengalami kekalahan. Memandangkan jumlah pemain berkualiti yang dimiliki oleh Germany, Mustafi mungkin tidak akan bermain di pentas Piala Dunia pada tahun ini

Christian Benteke (Crystal Palace/Belgium)

Benteke merupakan antara penyerang paling fizikal di Liga Perdana Inggeris, namun musim ini, dia hanya berjaya meledak tiga gol dalam 30 penampilan, selain turut gagal mengemudi jentera serangan Palaca dengan efisien, apabila Wilfried Zaha dilanda masalah kecederaan. Dia nampaknya tidak akan menyertai skuad Belgium di Russia, berdasarkan prestasi semasa.

Mauro Icardi (Inter Milan/Argentina)

Icardi sudah berjaya menjaringkan 28 gol untuk Inter Milan di Serie A musim ini namun dia mungkin tidak akan menyertai skuad kebangsaan Argentina atas dua sebab. Yang pertama, Icardi dikatakan telah 'mencuri' isteri Maxi Lopez, suatu perkara yang tidak disenangi oleh pemain-pemain Argentina yang lain. Selain itu, Argentina juga mempunyai barisan serangan yang terlalu bagus, termasuk Lionel Messi, Sergio Aguero, Angel Di Maria, Gonzalo Higuain, Erik Lamela - sekaligus bermakna tiada ruang bagi Icardi.

David Luiz (Chelsea/Brazil)

Walaupun David Luiz sering berjaya mencari jalan untuk menyertai skuad kebangsaan Brazil, dia dijangka tidak akan bersama pasukan Seleccao di Russia tahun ini. Akibat pergaduhan dengan Antonio Conte musim ini, Luiz jarang diberi peluang bermain, dan sering melakukan kesilapan apabila diturunkan oleh pasukan London itu.

Cesc Fabregas (Chelsea/Spain)

Bekas bintang Barcelona ini juga turut mengalami masalah kemerosotan prestasi bersama Chelsea ini. Walaupun sering diturunkan oleh Conte, Fabregas jarang memberi impak yang besar di atas padang, dan nampaknya tidak akan beraksi di Russia pada musim panas ini.

Paulo Dybala (Juventus/Argentina)

Pada awal musim ini, Dybala merupakan antara pemain terbaik di Eropah dengan prestasi yang cukup memberangsangkan. Namun sejak beberapa bulan lepas, Dybala mula mengalami masalah menjaringkan gol secara konsisten, dan sering melalukan kesilapan di atas padang. Selepas menjaringkan gol kemenangan menentang Spurs di pentas UCL, Dybala kemudiannya diberikan kad merah ketika menentang Real Madrid. Prestasi 'Yo-Yo' ini bermakna Dybala mungkin tidak akan dimasukkan ke dalam skuad Argentina untuk Piala Dunia.

Thomas Meunier (PSG/Belgium)

Ketibaan Dani Alves pada awal musim ini memberi impak yang cukup besar ke atas Thomas Meunier. Dia jarang diturunkan oleh Unai Emery selepas itu, namun apabila diberi peluang beraksi dalam aksi Coupe de France, Meunier terus tampil dengan aksi yang hambar.

Marco Reus (Borussia Dortmund/Germany)

Sebagai seorang pemain, tiada siapa boleh mempersoalkan kualiti yang dimiliki oleh Reus. Namun, penyerang Dortmund ini selalu mengalami masalah kecederaan. Musim ini, dia hanya membuat 14 penampilan untuk Dortmun dan walaupun sempat menjaringkan enam gol, Joachim Low dijangka tidak akan memasukkan Reus ke dalam skuad Jerman yang akan beraksi di Piala Dunia 2018.

Chris Smalling (Man United/England)

Sampai sekarang, kami gagal memahami sebab Chris Smalling masih diturunkan oleh Jose Mourinho. Dia sering cuai dan banyak melalukan kesilapan di atas padang, sekaligus memaksa penyokong England mendesak Gareth Southgate untuk tidak membawa Smalling ke Russia pada bulan Jun nanti.