Natxo Insa, Alvaro Silva dan senarai 10 pemain paling bernilai di pentas Liga Super

Walaupun kebanyakkan perpindahan yang dilakukan oleh kelab-kelab Malaysia sering melibatkan ‘free transer’ ataupun perpindahan percuma, namun para pemain-pemain yang beraksi di Liga Super Malaysia turut mempunyai nilai masing-masing. Nilai seseorang pemain selalunya ditetapkan oleh kelab dan juga ‘market forces’, berdasarkan prestasi semasa pemain tersebut, reputasi karier pemain tersebut dan juga statistik-statistik yang relevan. Kami telah menggunakan data yang disediakan oleh laman web TransferMarkt untuk membina senarai 10 pemain paling bernilai di Liga Super Malaysia. Berikut adalah senarai tersebut: