Kolum Berita

Pengembaraan Bryan Robson di Asia Tenggara yang harus diteladani oleh Tony Adams

Singapura pernah mendominasi bola sepak Asia Tenggara pada awal 2000-an. Di bawah bimbingan komando Radjoko “Raddy” Avramovic selama satu dekad, Singapura meraih kejuaraan Piala AFF yang sebelum 2007 dikenali sebagai Piala Tiger. Sebuah kisah menarik yang terus diusahakan untuk diulangi.

Dalam tempoh lima tahun terakhir, penampilan mereka merosot. Bukan sekadar di peringkat Asia Tenggara, dimana dalam dua edisi terakhir saingan Piala AFF mereka gagal melepasi peringkut kumpulan. Daripada keseluruhan 21 perlawanan tidak kira kelayakan Piala Dunia 2018 atau kelayakan Piala Asia 2019, mereka hanya memenangi enam aksi. Situasi itu tentunya membuatkan pelantikan Tony Adams sebagai pengendali baru skuad Singapura sebagai sesuatu yang menghairankan.

Bukan setakat catatan Adams yang tidak memberangsangkan, dimana dia gagal mengemudi dua pasukan kendaliannya, Wycombe Wanderers dan Granada, untuk melepaskan diri daripada zon penyingkiran. Seandainya Singapura mahu kembali ke tahap terbaik, mereka harus mempelajari daripada bagaimana Thailand menggunakan Bryan Robson sebagai ketua jurulatih untuk berjaya.

Mungkin wujud pertukaran antara Bryan Robson dan legenda England, Sir Bobby Robson, Persatuan Bolasepak Thailand melantik bekas kapten Manchester United itu sebagai pengganti kepada Peter Reid, individu yang membawa skuad Gajah Putih muncul naib juara Piala AFF 2008. Walaupun tidak melalui tempoh mengecewakan seperti Tony Adams, laluan karier pengurusan Robson juga tidak begitu hebat. Sesuatu yang berbeza sewaktu kedua-dua mereka bergelar pemain.

Karier Robson sebagai pengendali boleh dikira agak bagus. Dia berjaya membawa Middlesbrough dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris pada 2001. Mungkin situasi itu membuatkan Thailand bertindak melantiknya. Permulaan yang diharungi sangat baik. Robson membawa The War Elephants menang ke atas Singapura dengan keputusan 3-1. Beberapa bulan kemudian, dia meneruskan kecemerlangan apabila hanya tewas 1-0 di tangan Iran ketika kelayakan Piala Asia 2011.

Apa yang berlaku ketika Piala AFF 2010 adalah bibit kemunduran Robson sebagai pengurus Thailand. Teerasil Dangda dan rakan sepasukannya gagal melepasi peringkat kumpulan buat pertama kali. Mereka mencatat keputusan seri ketika bertemu Laos dan Malaysia sebelum dikalahkan tuan rumah, Indonesia, walaupun menunjukkan permulaan hebat.

Apa yang terjadi di Jakarta pada 2010 adalah coretan besar dalam dunia bola sepak Bryan Robson. Dia yang merakamkan catatan luar biasa ketika bergelar pemain nyata tidak mampu membawa pasukannya melepasi peringkat kumpulan Piala AFF.

Fenomena ini juga adalah bukti jelas sebagai pengajaran yang bagus buat Singapura. Sama seperti Robson, Adams juga memiliki karisma dan sangat hebat ketika beraksi di atas padang. Kemungkinan besar apa yang berlaku terhadap Thailand akan dilalui Singapura sekiranya mereka benar-benar mengharapkan Adams sebagai pengendali mereka.

Serupa seperti apa yang terjadi di Thailand, mereka berjaya di bawah kendalian bimbingan jurulatih tempatan yang juga legenda mereka, Kiatisuk Senamuang, dan mungkin juga Singapura memerlukan sentuhan bekas pemain yang pernah membawa mereka merasai nikmat kejayaan.