Berita Asia

Live Streaming Go-Jek Liga 1 Indonesia: Persib Bandung vs PS Tira

Persib Bandung akan menerima kunjungan pasukan PS Tira untuk membuka tirai kempen Go-Jek Liga 1 Indonesia di Stadium Gelora Bandung Lautan Api, petang ini.

Persib, yang kini dikendalikan oleh bekas jurulatih JDT, Mario Gomez, dijangka akan memasuki perlawanan ini sebagai pasukan pilihan ramai untuk meraih tiga mata, namun PS Tira, yang merupakan nama singakatan bagi ‘Persatuan Sepak Bola Tentara Idaman Rakyat’, tekad mahu cipta kejutan di Bandung hari ini.

“Cara bermain kami sekarang berbeza, PS Tira berbeza dengan corak permainan tahun lepas. Tahun ini, kami akan turun padang berbekalkan dengan semangat baru, nama baru, stadium baru,” kata ketua jurulatih PS Tira, Rudy Eka Priyambada.

“PS Tira sudah bersedia untuk perlawanan ini. Semua pemain, termasuk barisann pemain import sudah bersedia. Kami memulakan latihan pada bulan Disember lalu, sebelum bermain di Piala Presiden sambil membuat analisis tentang keupayaan skuad kami,” tambah Rudy.

Persib Bandung akan turun beraksi dalam perlawanan ini tanpa bekas bintang Chelsea, Michael Essien. Pemain yang berasal daripada Ghana itu masih mempunyai kontrak bersama mereka, namun namanya telah digugurkan daripada perancangan pasukan untuk musim ini. Walau bagaimanapun, bintang baru mereka daripada Argentina, Jonathan Bauman dijangka akan dinamakan dalam kesebelasan pertama petang ini.

“Dari segi fokus, kami percaya dengan kebolehan pemain kami. Barisan pemain juga sudah memahami apa yang dimahukan oleh Mario Gomez (ketua jurulatih), jadi kita hanya boleh tunggu dan lihat,” kata Fernando Soler, yang merupakan penolong ketua jurulatih Persib Bandung.

SportsFix: Persib Bandung vs PS Tira