Berita Asia

Live Streaming Thai League 1: Sukhothai vs Port FC

Hari ini, dua pasukan yang sedang mencipta kejutan di Thailand, Port FC dan Sukhothai FC akan turun berentap dengan harapan meneruskan momentum positif masing-masing. Ini merupakan pertempuran di antara pasukan di tangga ke-3 dan ke-2.

Kedua-dua pasukan banyak membeli pemain sebelum musim 2018 bermula, termasuk Terens Puhiri, pemain pantas Indonesia yang dibawa masuk oleh Port FC. Namun, corak permainan mereka di atas padang sudah mula menarik perhatian ramai, terutamanya apabila dibandingkan dengan pasukan Air Force, yang turut membuat pelaburan terhadap pemain baru, tetapi masih belum berjaya mencari rentak setakat ini.

Namun, Port FC dan Sukhothai mengalami kekalahan pertama mereka minggu lepas, dan mereka sudah tentu mahu bangkit semula malam ini. Pasukan tuan rumah akan memasuki perlawanan ini dengan tahap keyakinan yang lebih tinggi kerana mereka memiliki Nelson Bonilla – penjaring terbanyak Liga 1 Thai dengan 6 gol setakat ini.

Selain itu, mereka turut mempunyai Njiva, yang sudah menjaringkan empat gol dan juga Baggio, yang nampak cukup bahaya di bahagian sayap kanan. Dan sebagai pasukan tuan rumah, sudah tentu Sukhothai mempunyai sedikit kelebihan untuk pertembungan ini.

Untuk menyaksikan Live Streaming perlawanan ini, sila klik pautan berikut:

SportsFix: Sukhothai vs Port FC