Kajian & Analisis Luar Negara

Barca mempunyai Messi, tetapi rekod pertahanan mereka menjadi sandaran utama

Barca mungkin memiliki sentuhan ajaib Lionel Messi dalam memburu gol tetapi rekod barisan pertahanan tidak meletakkan mereka berada dalam kelompok elit pasukan Eropah.

Statistik daripada FootyStats menunjukkan Barca mempunyai jumlah jaringan dibolosi yang paling sedikit jika dibandingkan dengan pendahulu dalam lima liga terbaik Eropah. Namun begitu ia bukanlah rekod terbaik dalam saingan LaLiga.

Skuad Catalan kini mendahului carta liga dengan lapan mata mengatasi Atletico Madrid yang berada di tangga kedua selepas Barca menundukkan skuad kendalian Diego Simeone 1-0 pada Sabtu lalu. Mereka kini hanya dibolosi 13 kali daripada 27 aksi liga, sekaligus muncul pendahulu terbaik jika dibandingkan dengan Manchester City yang melepaskan 20 gol daripada 29 perlawanan, Napoli dengan 19 gol daripada 27 perlawanan, Bayern Munich dengan 18 gol daripada 25 perlawanan serta Paris Saint-Germain (PSG) yang dibolosi 19 kali hasil daripada 28 aksi liga.

Bagaimanapun, anak-anak buah Simeone jelas lebih unggul apabila melibatkan aspek pertahanan kerana hanya melepaskan 12 gol dalam 27 perlawanan. Pasukan Los Colchoneros dapat mengelakkan daripada dibolosi dalam 63% perlawanan liga, berbanding Barca yang mencatatkan 59%. Manakala tiada pasukan yang dapat melepasi kadar 50% setelah Leganes yang menduduki tangga ketiga hanya mencatat 44%.

Pasukan yang merekodkan jumlah tidak dibolosi tertinggi dalam liga elit Eropah adalah Juventus yang mengutip 65% dalam saingan Serie A walaupun ketinggalan satu mata di belakang Napoli. Skuad The Old Lady kini mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Tidak mengejutkan, rekod gawang dirobek paling banyak dalam aksi LaLiga musim ini dipegang oleh pasukan tercorot, Malaga. Hanya 11 % daripada keseluruhan aksi mereka tidak dibolosi. Tiga daripada empat pasukan terbawah liga menghuni senarai paling banyak dibolosi dan itu bukan sesuatu yang memeranjatkan, kecuali Celta Vigo kerana mereka hanya mengutip kadar 19% walaupun menduduki tangga kesembilan liga.

Catatan yang diraih Celta itu sama dengan prestasi yang dipamerkan pasukan tangga ke-18, Las Palmas. Skuad kendalian Juan Carlos Unzue itu hanya dibolosi 39 kali, sama seperti Sevilla yang berada di tangga kelima tetapi 67% daripada perlawanan mereka menyaksikan kedua-dua pasukan menjaringkan gol, sekaligus berkongsi rekod bersama Real Sociedad.

Jika Celta dan Sociedad menjadi rujukan untuk melihat jaringan dan kedua-dua pasukan menghasilkan gol ketika bertemu pada Januari, jadi Wanda Metropolitano adalah gelanggang yang perlu dielakkan. Skuad Balaidos dan Anoeta hanya mencatat jaringan dalam 30% aksi bertemu Atletico, menyamai Malaga, namun Leganes memegang rekod terburuk apabila hanya mencatat 26% dalam mengelakkan daripada kedua-dua pasukan mencipta gol. Pasukan Ligue 1, Caen, memegang rekod terburuk dalam lima liga elit Eropah dengan rekod 25 %.