Malaysia

Football Tribe Academy: Ayuh sertai program latihan penulisan bola sepak bersama kami!

Seperti yang kami janjikan bulan lepas, Football Tribe Academy telah dibuka secara rasmi dan kami sudah bersedia untuk menerima permohonan anda!

Football Tribe Academy merupakan sebuah program inovatif yang direka khas untuk memberi inspirasi dan melatih generasi penulis bolasepak baru di seluruh Asia. Program ini akan dijalankan di lokasi tertentu dan secara atas talian oleh panel editor dan penulis daripada 10 edisi Football Tribe di seluruh Asia. Ia akan memberi pengenalan asas kepada dunia kewartawanan bolasepak melalui kombinasi kajian kes, kerja lapangan dan juga tugasan-tugasan tertentu.

Sekiranya terpilih, anda turut akan diberi peluang bekerja bersama calon-calon lain daripada 10 edisi Football Tribe di seluruh Asia dan menjadi sebahagian daripada pasukan kami yang akan membuat liputan Piala Dunia 2018.

PENDAFTARAN: Dibuka dari 5 Mac 2018 sehingga 20 Mac 2018
JUMLAH: Hanya 3 (tiga) orang akan dipilih bagi edisi Football Tribe Malaysia
TEMPOH: 15 jam setiap minggu, untuk tiga setengah bulan sehingga akhir Piala Dunia 2018 (April-July)
LOKASI: Kuala Lumpur (Akan dimaklumkan kemudian)
BAHASA: Program akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia. Tetapi bahan-bahan pengajaran akan disediakan dalam Bahasa Inggeris.
PEMILIHAN: 3 calon terpilih akan dimaklumkan secara peribadi di antara 20-22 Mac 2018
BAYARAN: Tiada bayaran yang dikenakan oleh pihak Football Tribe untuk anda menyertai program ini

Berikut adalah kriteria yang perlu dipatuhi untuk menyertai Football Tribe Academy

1) 17-25 tahun
2)  Menetap di Lembah Klang
3) Mempunyai minat yang besar terhadap bola sepak tempatan dan antarabangsa
4) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia. Kefasihan Bahasa Inggeris yang minima.

Sekiranya berminat untuk menyertai Football Tribe Academy, sila daftarkan diri anda melalui pautan Google Docs yang disediakan di bawah. *Anda boleh mengisi borang tersebut menggunakan Bahasa Malaysia.

BORANG PERMOHONAN MENYERTAI FOOTBALL TRIBE ACADEMY: https://goo.gl/G61dZb

#FeelThePassion #JoinTheTribe