Luar Negara

Bintang Real Madrid jadi sasaran Mourinho untuk menggantikan Carrick di United

Jose Mourinho kini sudah mula merancang pemain mana yang mahu dibawa masuk pada musim hadapan. Dengan Michael Carrick bakal bersara dan Marouane Fellaini masih belum menandatangani kontrak sambungan, keutamaan Mourinho adalah mencari pemain tengah bagi membantu Paul Pogba.

Selepas mengikat Nemanja Matic pada musim ini, perhatian Mourinho kini terarah kepada perancang tengah Real Madrid, Toni Kross.

Pencarian pemain tengah Mourinho sebelum ini dikatakan adalah untuk menggantikan Pogba selepas pemain muda itu bergelut untuk menunjukkan aksi terbaiknya. Namun, pengurus berbangsa Portugis itu dikatakan mahu membawa masuk Kroos untuk membantu mendapatkan yang terbaik dari Pogba.

“Kami perlu mendapatkan pemain tengah. Kerana kami akan kehilangan Michael Carric, sudah tentu kami perlukan keseimbangan dalam pasukan.

“Sesetengah dari anda (media) asyik bercakap kami akan membeli penyerang, pemain sayap kiri, kanan.

“Anda boleh menuduh saya banyak perkara, tetapi anda tidak boleh kata saya tipu anda. Apabila saya tidak mahu bercakap mengenainya, saya tidak akan bercakap. Tetapi saya tidak akan mengalihkan ke perkara lain. Kami akan mencari dan mencuba mendapatkan pemain tengah.”

Toni Kroos telah lama menjadi sasaran Manchester United terutamanya ketika David Moyes menggantikan Sir Alex Ferguson sebelum ini.