Luar Negara

Bintang muda Leverkusen beri berita baik buat England

Berita baik buat England!

Bintang muda Bayer Leverkusen, Leon Bailey boleh beraksi untuk skuad Gareth Southgate di Piala Dunia 2018, selepas dia didapati layak kerana datuk dan neneknya mempunyai passport British.

Persatuan Bolasepak England dikatakan mengetahui mengenai perkara ini dan pastinya mereka akan bertindak pantas untuk menarik pemain muda ini untuk menyarung jersi putih England.

Bailey yang menunjukkan aksi cemerlang bersama Leverkusen di Bundesliga pernah beraksi untuk skuad bawah 23 tahun Jamaica, tetapi dia masih belum membuat keputusan untuk memilih skuad senior negara mana untuk diwakili. Dia turut mempunyai pilihan untuk mewakili Malta dan Belgium.

Menurut sumber yang rapat dengan pemain tersebut, sukar bagi Bailey untuk menolak peluang beraksi untuk England jika Gareth Southgate menjemputnya secara rasmi.

Leon Bailey telah menjaringkan 10 gol untuk Leverkusen pada musim ini dan kini menjadi rebutan kelab Liga Perdana Inggeris seperti Manchester United, Liverpool dan Tottenham.