Asia AFC U23 Championship

China mulakan kempen AFC B-23 dengan kemenangan 3-0 ke atas Oman

Harapan China untuk meraih Piala Asia B-23 tahun bermula dengan cukup positif selepas mereka berjaya menewaskan Oman dalam perlawanan pembuka tirai petang tadi.

Yang Liyu meletakkan China di hadapan pada minit ke 30′ melalui percubaan yang tajam sebelum Li Xiaoming menjaringkan gol kedua China, empat minit selepas itu.

Walaupun Oman menunjukkan tanda kebangkitan di awal babak kedua, mereka akhirnya kecundang sekali lagi pada minit ke 53. Wei Shihao menjadi hero mereka dengan tandukan padu yang meletakkan China 3-0 di hadapan Oman.

Skor tersebut memberi peluang kepada pasukan tuan rumah untuk terus mendominasi tempo baki perlawanan tersebut dan sekaligus meraih kemenangan dan juga tiga mata penting yang akan membantu harapan mereka untuk menjadi mara ke pusingan kalah mati.

China akan turun berdepan dengan Uzbekistan dalam perlawanan seterusnya pada hari Jumaat ini, manakala Oman pula akan menentang Qatar pada hari yang sama.

Saksikan highlight perlawanan tersebut di bawah: