Liga Super Malaysia Berita

Melaka United masih tunggu jawapan penyerang JDT

Ghaddar ke Melaka United?

Pasukan selatan tanah air itu sedang menunggu maklum balas daripada Mohamed Ghaddar selepas berjaya mendapatkan lampu hijau daripada Johor Darul Ta’azim untuk menandatangi penyerang Lubnan itu.

Ghaddar mengakhiri musim 2017 sebagai penjaring terbanyak dalam Liga Super dan walaupun kontraknya bersama JDT masih belum tamat, juara Liga Super itu bersedia melepaskan Ghaddar ke Melaka United untuk musim 2018.

“Kami sudah mengadakan perbincangan bersama Ghaddar dengan jawapan sepatutnya diberikan kepada MUSA, Khamis lalu namun sehingga kini belum ada keputusan yang jelas,” kata Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) kepad Arena Metro.

“Jadi, kami masih memberi ruang untuknya memberi jawapan berkaitan kesediaannya untuk mewakili skuad Hang Tuah. Apapun, kami yakin MU bakal menerima keputusan positif,” tambah beliau.

Sekiranya Ghaddar menerima tawaran ini, dia dijangka akan tiba di Melaka pada bulan Disember untuk memulakan latihan pra-musim di bawah kendalian Eduardo Almeida.